top of page
Search

Tips & Petua Mendapatkan Pelanggan! No. 5 Senang Gila Nak Buat!

  • Writer: rickmetzeymalaysia
    rickmetzeymalaysia
  • Jun 14, 2019
  • 3 min read

Dalam dunia bisnes ni tak kira la bisnes apa sekali pun, sama ada online atau pun offline, nak dapatkan kepercayaan pelangan tu memang susah la… especially company yang baru nak naik ataupun kedai2 nasi lemak yang tumbuh macam cendawan kat tepi jalan tu. Mana taknya.. bila dah terlalu banyak pilihan, pelanggan pun tak tahu nak pegi beli kat mana. So, yang paling penting sekarang ni macam mana cara nak dapatkan pelanggan untuk bisnes korang-korang tu.


1. Tunjukan Kredibiliti Perniagaan Korang

Kredibiliti sangat-sangat subjektif. Penilaian akan berbeza mengikut individu. So, penting untuk korang2 cuba & berusaha untuk tarik minat & pikat hati pelanggan korang supaya pelanggan-pelanggan tu percaya kat bisnes korang tu. Dalam perniagaan ni sangat-sangat penting untuk menunjukkan yang korang ni sangat professional dalam sebarang urusan & cuba sedaya untuk deliver yang terbaik untuk customer korang. Tapi… bila customer korang tu dah set appointment, jangan pulak korang lambat. Kat situ atau benda2 kecik sekalipun boleh menjejaskan kredibiliti bisnes korang tu. One more thing, kalau boleh, product knowledge korang mesti power. Korang mesti tau la produk yang korang jualkan tu kan. Kalau tak tau macam mana pelanggan nak percaya kat korang.


2. Pastikan Produk Korang Berkualiti.

Jangan berani-berani nak try tipu customer korang tu dalam bab-bab kualiti ni. Sebabnya, diorang mesti dah banyak pengalaman & diorang tau yang mana yang terbaik. Paling teruk sekali, kalau diorang jumpa jenama lain yang lebih bagus, dah sah-sah produk korang tu akan diorang tinggalkan. Tu xpe lagi.. kalau diorang viralkan bad review pasal produk korang? Habisssss… rosak bisnes korang nanti. Secara ikhlasnya, admin nak nasihat, kepuasan hati pelanggan tu ialah tanggungjawab korang2 yang berbisnes tu. Kan ade pepatah Customer is always right. Mesti ade sebab kenapa ade peribahasa macam tu, So, jagalah amanah sebagai peniaga tu sebaik mungkin. It is okay untuk untung… but korang kene fikir akhirat jugak.. Haaaa.. sentap tak. Hehee.. Lagi satu sebab, sepandai-pandai korang menggoreng untuk menjual produk korang dengan kata-kata manis kat customer tu, in the end, produk tu sendiri yang akan bersuara. Kualiti tu memang akan jelas terserlah la. So, pastikan produk korang tu betul2 power okayyy!


3. Berikan Bukti Nyata

Testimoni pelanggan adalah sangat2 penting dalam usaha menarik minat pelanggan baru & mengekalkan pelanggan yang lama. So, kalau ada customer yang dah penah guna servis atau beli produk korang tu, rajin2 la follow up feedback diorang tu. Sebabnya testimoni sangat2 membantu pelangan baru untuk at least cuba produk korang tu. Paparkan & tunjukkan bukti2 testimoni pelanggan tu. Confirm rezeki baru akan masuk. InsyaAllah.. Tapi admin nak warning sikit. Jangan korang letak testimoni tipu pulak. Tu macam tak bertanggungjawab pulak rasanya kan.. Tapi, admin tau mesti ramai gila yang buat cmtu kan. Hmmm.. tak elok la tipu2 ni. Takut tak berkat pulak rezeki korang tu nanti.


4. Biarkan Prospek Uji Korang

Kadang-kadang kan, kita akan jumpa macam-macam jenis pelanggan. Ade yang pandai & ada yang kurang pandai. Tapi, diorang confirm akan Tanya macam2 soalan tentang bisnes dan produk korang. So, apa yang korang kene buat ialah jawab soalan2 tu dengan professional & berfakta. Jangan korang bedal nak sindir2 customer korang yang banyak Tanya tu pulak. Nanti diorang akan ade persepsi negative kat bisnes korang tu. So, sabar banyak okay. Manusia ni kan suka je nak test2 orang lain, padahal ilmu sendiri tak cukup di dada. So, as a good entrepreneur, korang kene tabah menghadapi situasi soalan2 sukar level dea dari customer korang tu okay. One more thing, tak mencabar la kalau xde cabaran kan. Nanti ape korang nak cerita kat anak cucu kau kalau xde story2 hangat mcm ni. Hahahaa…. So, fikir positif okay. Setiap yang berlaku aka nada hikmahnya.


5. Bangun Komunikasi yang Baik

Okay benda ni paling basic skali. Kalau korang tak boleh buat memang payah la. Sebabnya, kalau nak berniaga ni, kemahiran berkomunikasi sangat penting. Tak kira la korang tu buat sale face to face ke, chat guna facebook je ke, whatsapp je ke… semua memerlukan komunikasi yang baik. Komunikasi yang berkesan akan menyebabkan customer atau prospek korang tu yakin dengan korang, yakin dengan produk & seterusnya nak cuba la produk korang tu. So, kalau korang diberi peluang untuk promote bisnes korang tu, jangan pulak korang gagap2. Relax je… buat macam semua orang nak tau pasal produk korang tu. So, tak de la nervous sangat nanti. Paling penting sekali. Korang kene confident. Yakin tu penting sangat2 okayyyy…


So, all the best kepada para usahawan sekalian. Semoag bisnes korang terus maju okay!. Sambil2 korang baca artikel ni, boleh kot kalau admin nak minta korang tolong promote sikit website admin yang tak seberapa ni. Hehehee… Cuba Klik link ni… kalau tak leh, klik link kat bawah tu pulak okay. Thank you… Semoga perniaga kita semua Berjaya & larissss.. Amin….


Klik ni tauuu...

http://bit.ly/rmm01


Pentingggggggg ! Jangan lupa follow kami kat instagram & like kami di facebook okayy!!!





 
 
 

Comments


RICK METZEY MALAYSIA 

COPYRIGHT RESERVED © 2020

  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram
bottom of page